Kelas Hermes 1-to-1 · 4 jam dengan Nabil
Dari RM1,497Done-for-you · Kelas 1-to-1 4 jam
Saya ajar anda guna Hermes, AI agent yang buat kerja sebenar untuk bisnes: balas email, update website, draf post Threads, buat video, tulis code dan jalankan sistem ikut jadual. Kita set ikut bisnes anda, sampai jalan. Tak nak belajar? Saya boleh siapkan dan jalankan untuk anda.
Done-for-you 1 slot sahaja · Kelas 1-to-1 2 slot sahaja
Online atau bersemuka (KL & Selangor) · Bayar terus di sini
Masalah
Kalau anda angguk pada salah satu ni, kelas ni untuk anda.
Balas email, update website, post content, buat report. Penting, tapi makan masa yang sepatutnya untuk close sales.
AI bagi jawapan, tapi anda tetap yang kena buat kerja tu. Tak jimat masa macam yang orang cerita.
Tutorial semua English, untuk coder, tak kena dengan bisnes Malaysia. Install separuh jalan, terus give up.
2 jam sehari untuk kerja admin berulang = ~60 jam sebulan. Masa untuk jumpa customer, close sales, atau rehat dengan family. AI agent boleh ambil alih banyak kerja tu, kalau di-set betul.
Cara kelas berjalan
Bukan silibus tetap. Anda bawa masalah bisnes anda, kita automate sama-sama atas komputer anda sendiri.
Bayar terus di sini. Slot dikira ikut siapa bayar dulu.
Saya email anda dalam 1 hari bekerja. Beritahu kerja apa yang paling makan masa.
Online (Google Meet) atau bersemuka di KL & Selangor. Kita pasang, set dan uji sama-sama.
Anda keluar dengan Hermes yang dah jalan, tugas automatik pertama, dan faham cara tambah sendiri.
Apa anda boleh belajar
Pilih yang paling penting untuk anda. Dalam 4 jam, kita fokus pada yang bagi impak paling besar dulu.
Install, pilih model AI, sambung ke Discord atau Telegram, dan set ingatan supaya agent kenal bisnes anda.
Susun inbox, draf balasan, cold email dan follow-up automatik. Anda semak, anda hantar.
Idea content harian, draf post ikut gaya anda, dan pantau peluang dari feed.
Bina atau update landing page, semakan SEO automatik, dan deploy tanpa upah orang setiap kali.
Video promo dan subtitle dengan bantuan AI, untuk Reels, TikTok dan iklan.
App kecil, tugas berjadual, laporan harian dan alert. Agent tulis code, anda arahkan.
Bukti, bukan teori
Hermes jalankan bisnes saya di belakang tabir: jaga 7 app SaaS, hantar cold email, audit SEO website client, susun inbox dan buat laporan harian. Untuk satu projek, ia kumpul 1,128 prospek owner kereta sewa dalam ~36 jam, sendiri.
Jujur: setup saya dibina berbulan-bulan. Dalam 4 jam, anda takkan dapat 88 tugas. Anda dapat asas yang betul, agent yang jalan, dan tugas pertama yang jimat masa anda.
Pakej
Slot dikemas kini secara live ikut bayaran sebenar.
Tak nak belajar semua ni? Saya set dan jalankan untuk anda.
1 slot sahaja
Tanya dulu sebelum bayar. Saya jawab sendiri.
Saya ajar, anda buat, agent anda jalan.
2 slot sahaja
Tanya dulu sebelum bayar. Saya jawab sendiri.
Bayaran selamat melalui Stripe. Resit dihantar ke email. Kos model AI ditanggung sendiri, lihat FAQ. Maintenance bulanan selepas 30 hari dibincang & dibayar berasingan.
Siapa saya
Saya self-taught full-stack developer dan pengasas Miracle Mikhael, studio sistem & app untuk bisnes Malaysia, dari Klang Valley. Saya bina dan jalankan beberapa app SaaS dengan bantuan AI agent setiap hari. Kelas ni ialah cara saya sendiri bekerja, diajar satu-satu.
Soalan lazim
Kelas ini ialah ilmu, setup dan bimbingan. Kos alat-alat di bawah anda tanggung sendiri, terus kepada penyedia:
Saya tunjuk pilihan paling jimat untuk mula. Untuk Done-For-You, kita bincang setup paling sesuai untuk bisnes anda dalam sesi pertama.
Kelas: saya ajar, anda buat sendiri atas komputer anda, dan anda faham cara tambah automasi lepas ni. Done-For-You: anda tak perlu belajar apa-apa. Saya set, jalankan dan jaga untuk anda. Anda cuma beritahu apa yang bisnes perlu.
RM4,997 termasuk setup dan maintenance 30 hari. Selepas itu, kalau anda nak saya terus jalankan dan jaga, maintenance bulanan bermula dari RM1,999/bulan, ikut saiz bisnes dan berapa banyak automasi. Kita bincang dan setuju harga sebelum 30 hari tamat.
ChatGPT jawab soalan. Hermes buat kerja: ia boleh guna komputer anda, baca dan tulis fail, buka browser, hantar mesej, ingat konteks bisnes anda dan jalankan tugas ikut jadual, walaupun anda tengah tidur.
Boleh. Kita buat setiap langkah sama-sama. Kalau boleh guna WhatsApp dan email, boleh ikut. Bila perlu code, agent yang tulis, anda yang arahkan.
Dua-dua boleh. Online melalui Google Meet dari mana-mana, atau bersemuka di kawasan KL & Selangor. Kita tetapkan tarikh, masa dan tempat lepas anda bayar. Kelas selama 4 jam.
Boleh, malah digalakkan. Kelas ini ikut keperluan anda. Lebih fokus, lebih banyak yang siap dalam 4 jam.
Saya email anda dalam 1 hari bekerja. Untuk kelas: tetapkan tarikh dan tanya kerja apa yang anda nak automate. Untuk Done-For-You: sesi kenal bisnes anda, kemudian saya mula set up. Slot dikira ikut siapa bayar dulu.
Hermes Agent ialah projek open-source oleh Nous Research. Kelas ini ialah program bebas oleh Miracle Mikhael dan tidak berafiliasi dengan Nous Research.
Masih ada soalan?
Tak pasti pakej mana sesuai untuk bisnes anda? Mesej saya, saya jawab sendiri.
Done-for-you 1 slot sahaja · Kelas 1-to-1 2 slot sahaja
Pilih Pakej